Sunday, May 27, 2012

UiTM Pahang MTB Jamboree 2012

Alhamdulillah sekali lagi UMK MTB Club akan menyertai UiTM Pahang MTB Jamboree 2012. kali ini kami menghantar 20 orang senarai nama namun hanya 10 orang sahaja yang dapat mengikuti jamboree berkenaan. 




Kali ini UMK MTB Club untuk pertama kalinya membawa bersama pelajar dari Kampus UMK Jeli untuk turut serta untuk menyertai UiTM Pahang Jamboree 2012.

 



Walaupun baru pertama kali menyertai jamboree alhamdulillah pelajar-pelajar ini telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan mampu menempatkan diri di rangking bawah 150.
Kecewa juga kami kerana medal hanya untuk 200 peserta pertama sahaja. Tiada finisher medal untuk kami yang lain.



Namun kekecewaan kami agak terubat kerana mendapat cabutan bertuah dan dari 10 orang peserta dari UMK MTB Club hanya 3 orang sahaja yang tidak bertuah. Kami masih tidak berpuashati kerana tidak mendapat cabutan bertuah yang berupa Frame Giant XTC SL yang bernilai RM7000.



No comments:

Post a Comment