Sunday, September 4, 2011

Jamboree Berbasikal UMK


UMK Mountain Bike Club (UMK MTB Club) dengan kerjasama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dan Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan Darul Naim, menganjurkan Jamboree Berbasikal Sempena Konvokesyen Pertama UMK yang menawarkan pelbagai hadiah dan cabutan bertuah yang menarik kepada pemenang.

Jamboree pertama anjuran UMK ini berlangsung pada 16 September 2011 (Jumaat), di Kampus Bachok, Tangok, Kelantan bermula 7.00 pagi – 12.00 tengahari dan pastinya bakal menarik seramai mungkin rider-rider seluruh Malaysia. Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Ogos 2011.

Penyertaan ini terbuka kepada semua golongan dalam tiga kategori iaitu Fun Ride Fixie, Road Bike Race dan Mountain Bike (MTB). Pertandingan itu juga diharap dapat menaikkan semangat rider-rider masing-masing di samping mendapat kepuasan maksima.


No comments:

Post a Comment