Alhamdulillah aku dan 3 orang member kelab dan seorang driver lori berjaya untuk menyertai Beserah Tengkujuh Ride 2011 di Kuantan Pahang pada 11 Dis 2011. Ini kali keempat aku mengikuti jamboree. Rasa tak sabar nak berkayuh. Hujan dari hari sebelumnya memang agak lebat. Tekaan aku memang tak lari berkayuh dalam hujan. Puas hati gak la aku kayuh kali nie. Trek memang agak mencabar aku yang baru dalam arena jamboree nie. Trek licin abis. Sempat gak la aku tengok dua tiga orang tersembam depan kau.
Mula kayuh aku stay ngan member kelab, pastu aku kayuh sorang2 rupanya. Tak tau mana member aku. Kayuh punyer kayuh sampai CP2 baru jumper sorang member kelab, Haslam...so start CP2 aku terus kayuh ngan haslam...susah senang aku berdua jer la. Haslam kaki kejang dua tiga kali, lepas sapu minyak panas sambung kayuh lagi....so akhirnya dapat gak la no 164 dengan masa 3 jam 30 minit lbh kurang ler....perghhh..lega dah sampai....
Apa yang aku suka pasal setiap kali jamboree ialah aku dapat baju/jersey dan flat no. Biar la baju/jersey tu harga RM10 pun tak per...hehehehe....pastu ada cabutan bertuah....walaupun tak bertuah lagi....
Blog ini akan memaparkan perjalanan hidup aku dan aktiviti aku di dalam arena sukan basikal bukit (mountain bike). Berbekalkan bajet yang tak seberapa akhirnya aku mempunyai basikal pertama yang aku sayangi.
Wednesday, December 21, 2011
Sunday, September 4, 2011
Jamboree Berbasikal UMK
UMK Mountain Bike Club (UMK MTB Club) dengan kerjasama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dan Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan Darul Naim, menganjurkan Jamboree Berbasikal Sempena Konvokesyen Pertama UMK yang menawarkan pelbagai hadiah dan cabutan bertuah yang menarik kepada pemenang.
Jamboree pertama anjuran UMK ini berlangsung pada 16 September 2011 (Jumaat), di Kampus Bachok, Tangok, Kelantan bermula 7.00 pagi – 12.00 tengahari dan pastinya bakal menarik seramai mungkin rider-rider seluruh Malaysia. Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Ogos 2011.
Penyertaan ini terbuka kepada semua golongan dalam tiga kategori iaitu Fun Ride Fixie, Road Bike Race dan Mountain Bike (MTB). Pertandingan itu juga diharap dapat menaikkan semangat rider-rider masing-masing di samping mendapat kepuasan maksima.
Saturday, September 3, 2011
Tuesday, May 24, 2011
Mesin pertamaku.....
Spesifikasi Asal
•TYPE: SHIMANO ACERA 24SP
•CASSETTE SPROCKET: SHIMANO ALTUS CS-HG30
•SIZES: 16”
•SHIFTING LEVER: SHIMANO ACERA SL-M360
•COLOR: RED MAROON
•BRAKE LEVER: TEKTRO RS-360A
•FRAME: ALUTECH FRAME
•FRONT DERAILLEUR: SHIMANO ALTUS FD-M310
•REAR DERAILLEUR: SHIMANO ACERA RD-M360
•FORK: SUNTOUR XCR T:120mm W/ PRELOAD ADJUSTER
•FRONT BRAKE: TEKTRO NOVELA - MECHANICAL DISC BRAKE
•HANDLEBAR: POLYGON XSR
•REAR BRAKE: TEKTRO NOVELA - MECHANICAL DISC BRAKE
•STEM: POLYGON TSR
•DISC BRAKE ROTOR: TEKTRO NOVELA - 160MM
•ROTOR: TEKTRO
•PEDAL: VP ALLOY PEDAL
•HEADSET: FSA TH-888
•TYRE: KENDA KOYOTE 26 x 2.10”
•SADDLE: SELLE ROYAL SETA
•TUBE: AV-VALVE
•SEATPOST: POLYGON SSX
•RIM: RIGIDA ALLOY RIM - DOUBLE WALL
•CHAINWHEEL: SUNTOUR XCT 42x32x22T
•SPOKE: STAINLESS STEEL
•BOTTOM BRACKET: CARTRIDGE BB TYPE
•FRONT HUB: FORMULA ALLOY 32H
•CHAIN: KMC Z7
•REAR HUB: FORMULA ALLOY 32H
Subscribe to:
Posts (Atom)