Monday, October 22, 2012

Jamboree Berbasikal: Hard Rock Jeli Ride 2012

Alhamdulillah Program Jamboree Berbasikal: Hard Rock Jeli Ride 2012 telah selamat dijalankan tanpa masalah serius yang berlaku. Terima kasih kepada semua urusetia dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan program tersebut.

Kepada semua penyumbang dan penaja terima kasih banyak-banyak dan jangan serik untuk menyumbang lagi pada tahun hadapan.

Kepada rider-rider yang telah turut serta di dalam program ini terima kasih banyak-banyak. Kehadiran anda semua telah memeriahkan lagi program ini dan jangan lupa untuk turut serta pada tahun hadapan pulak.

Sekiranya terdapat masalah dan kesilapan saya selaku Pengerusi Kelab UMK MTB Club sesi 2010 - 2012 memohon maaf mewakili semua urusetia program berkenaan.




Terima Kasih kepada penaja:


  


Gambar-gambar semasa program:



Terima kasih Tok Pa kerana sudi untuk merasmikan program kami.