Seperti dijadualkan kami semua berkumpul di UMK pukul 8.00 pg. Tapi semua janji melayu, kata pukul 7.30 pg tapi pukul 8.00 pg pun tak nampak batang hidung lagi. Ust Nik ngan anak sedara dia dah lama tunggu. Lori sampai masukkan basikal pas tu terus gerak ke Tasik Kwong, Rantau Panjang. Aku pun tak tau area mana Tasik Kwong nie.
Plan nak sarapan dulu tapi dah tak sempat. Hari semakin panas terus gerak untuk kayuh. Tak sangka plak hari nie Rantau Panjang dilanda banjir. Laluan ke trek banjir so kena redah banjir la plak.
Best gak la trek nie, tak la kena panas sangat. Laluan trek bawah pokok getah ngan pokok kelapa sawit. Mula-mula tu ada la panjat skit2 bukit, tapi makin lama banyak plak bukit nak kena panjat.
Sambil rehat sambil membingcangkan halatuju kelab dan nak buat apa dengan ahli kelab yang lama dah menyepi.
Tapi memang best la trek nie. Aku ingat bleh jadi trek untuk training gi jamboree...pemandangan tasik pun cantik...sedap mata memandang....
Blog ini akan memaparkan perjalanan hidup aku dan aktiviti aku di dalam arena sukan basikal bukit (mountain bike). Berbekalkan bajet yang tak seberapa akhirnya aku mempunyai basikal pertama yang aku sayangi.
Tuesday, January 24, 2012
Wednesday, January 18, 2012
Sg Selangor Endurance Ride 2012
Memang power betul la kali nie punya pukulan. Sebelum nie aku tak pernah lagi kaki aku crammed, tp kali nie memang tak bleh nak handle. Bukit yang dia orang bagi memang kaw..kaw... Tp blasah gak la..alang-alang dah sampai...
Subscribe to:
Posts (Atom)